NEW MP3--NEW SONG--BEST QUALITY MP3 IN MY BLOG--ENJOY--.. ?

ENJUT

|

NORANIZA IDRIS FT CAT FARISH - ENJUT

Cat Farish:
Hei nak melentur buluh biarlah dari rebungnya
Dah keras kematu tak tahu mana arahnya

Noraniza Idris:
Takkan rencong mana arahmu
Bercabang atau pun bersilang
Rimbunan patah mana kau mahu
Menjulang atau pun jatuh ke bumi

Layu..layu dan terbuang
Dibawa angin tanpa hala
Aduh mana pergi..
Ke mana terbang hendak terbang
Gelita hari penuh walang
Lantas kau kembali

Korus:
Noraniza Idris / Cat Farish:
Enjut ewah enjut, enjut
Ala ramai enjut
Enjut jangan tak enjut
Enjut mari mari enjut

Enjut enjut, enjut
Ala ramai enjut
Enjut nak tak enjut
Enjut ramai ramai enjut

Cat Farish:
Indah dan berlagu
Membuat kita mengenjut-ngenjut
Ikut rentak raggaethon gabungan

Gerakan dari yang asli
Ke kiri ke kanan
Goyangkan badan halus gerak geri
Jari jemari bersama diserikan

Noraniza Idris:
Tegak atau rencong mana arahmu
Bercabang atau pun bersilang
Rimbunan patah mana kau mahu
Menjulang atau pun jatuh ke bumi

Pulang pulang engkau pulang
Ke akar umbi pangkal jalan
Ramai menantimu
Ke sini duduk diam-diam
Usahlah lagi kau tenggelam dalam kesamaran

Ulang Korus

Cat Farish:
Kencang nafas berdenyut nadi
Bagai kuda lari
Begitulah hati
Ke tepi duri-duri melingkari
Derasnya air membanjiri
Hunuskan kata sakti

Verse Rap:
Galak dicanang dagangan orang
Gelanggang haus bidang ke bidang
Pupus tradisi tidak
Monopoli pelesit bersangkar
Memajak butakan buru penunggu kota
Meraba-raba pulang ke pangkal desa
Pekik melaung sesat hingga ke akar umbi
Dicari di mana hilangnya jati diri

Ulang Korus